Thursday 29 September 2011

5M Dalam Diet

  1. Apakah 5M?
    • 5M merupakan satu pendekatan baru Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia terutamanya dalam pengambilan makanan secara sihat.
    • 5M merupakan singkatan bagi:
      • Mengurangkan gula
      • Mengurangkan garam
      • Mengurangkan minyak
      • Melebihkan buah-buahan
      • Melebihkan sayur-sayuran
  2. Bagaimanakah kita boleh kurangkan gula ?
    • Gula sebenarnya boleh terdapat secara semulajadi (dalam buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu) atau secara tersembunyi (gula yang ditambah semasa memproses makanan dan semasa memasak di rumah. Contohnya minman bergas, minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional)
    • Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50gram) termasuk bagi gula semulajadi atau gula tersembunyi.
    • Gula dalam minuman adalah amat berbahaya kerana badan kita tidak dapat tukarkan gula ini kepada tenaga. Gula yang terkumpul ini akan ditukar kepada lemak yang menyebabkan seseorang itu gemuk dan berisiko mengidap penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Gigi juga boleh rosak.
    • Bagaimana kurangkan gula ?
      • Kurangkan memakan kuih-muih yang manis. Boleh diambil tapi pastikan dalam kuantiti yang sederhana.
      • Lebihkan meminum air kosong daripada air gas atau air manis yang lain.
      • Jika membuat kek atau biskut raya sendiri, kurangkan penggunaan gula dalam resepi. Contohnya kandungan gula dalam kek boleh dikurangkan kepada separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualitinya.
      • Pilih buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau menggunakan buah dalam tin, pastikan memilih buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semulajadi.
  3. Garam diperlukan dalam menyedapkan juadah makanan. Tetapi pengambilan garam secara berlebihan merbahayakan kesihatan. Apakah cara lain untuk mengurangkannya?
    • Kita memerlukan garam dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana garam yang berlebihan berkait dengan tekanan darah tinggi. Jadi, sepanjang lebaran pastikan tidak menggunakan garam secara berlebihan.
    • Selain itu, bahan-bahan makanan seperti herba (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) boleh juga dijadikan pengganti dalam menyedapkan juadah. Bahan-bahan seperti ini kurang bahan perisa dan ia juga mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.
  4. Apabila menjelang lebaran, masyarakat kita banyak menggunakan minyak dalam masakan. Ini ditambah pula dengan penggunaan santan untuk membuat rendang. Macam mana pula dengan penggunaan minyak?
    • Dalam konsep 5M, penggunaan minyak perlu dikurangkan. Ini kerana penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh mengundang penyakit.
    • Sekiranya untuk membuat rendang, cuba elakkan menggunakan minyak masak. Cukuplah hanya menggunakan santan sahaja kerana santan boleh bertindak sebagai minyak. Jadi, apabila minyak dan santan digunakan sekali, ia menyebabkan minyak berlebihan.
    • Cuba elakkan menggunakan santan yang terlalu pekat.
    • Sekiranya menggunakan minyak, elakkan memasak makanan yang menggunakan santan dan amalkan memasak cara “deep frying”. Ia dapat mengurangkan minyak dalam makanan.
  5. Buah-buahan sering dilupakan semasa menghidang juadah semasa lebaran. Bagaimana untuk menggalakkan masyarakat mengambil buah-buahan di hari raya ?
    • Kebanyakkan masyarakat pada hari ini sering menjadikan kek, coklat dan gula-gula sebagai hidangan atau pemanis mulut. Tetapi mereka lupa bahawa buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut juga.
    • Buah-buahan yang berbagai jenis rasa, warna, bentuk dapat menarik tetamu. Bukan itu sahaja, malah buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang amat diperlukan badan terutamanya kesihatan gigi.
    • Jadi, tiada masalah untuk kita melebihkan buah-buahan dalam kita menyambut lebaran.
  6. Sayur-sayuran penting untuk kesihatan. Tetapi semasa lebaran kebanyakkan juadah lebih menjurus kepada daging dan ayam. Jadi, adakah dengan pengambilan sayur-sayuran dapat mengimbangi diet yang sihat?
    • Sayur-sayuran mengandungi serat dan zat mineral yang penting untuk tubuh dan sistem penghadaman. Kehadiran serat ini dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol darah.
    • Jadi, hidangan sayur-sayuran amatlah penting semasa menikmati juadah lebaran kerana ia dapat mengimbangi diet kita terutama sekali tahap kolesterol darah yang terhasil daripada pengambilan daging dan ayam.
    • Misalnya, semasa memasak mi goreng, lebihkan sayur-sayuran sebagai rencah dalam masakan mi tersebut. Sayur-sayuran juga boleh dihidang sebagai ulam-ulaman semasa menikmati juadah yang lain 

Wednesday 28 September 2011

PEMAKANAN - MAKANAN BERKHASIAT





1. Makanan yang dinikmati setiap hari haruslah berlandaskan sukatan piramid makanan.

2. Kita seharusnya banyak menikmati makanan yang bercirikan bijirin seperti nasi, gandum dan kekacang.

3. Pengambilan sayur dan buah - buahan juga amat penting terhadap tumbesaran badan.

4. Makanan seperti ayam, daging dan ikan serta susu turut membekalkan khasiat yang diperlukan badan.

5. Namun kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai lemak, manis dan masim yang berlebihan. jenis makanan ini perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit.Untuk maklumat lanjut, sila klik PIRAMID MAKANAN.

SENAMAN HIRAMEKI

Kebetulan saya terbaca satu info senaman HIRAMEKI semasa saya membelek-belek kotak teh uncang di rumah saya dua hari lepas. tertarik dengan senaman mudah HIRAMEKI, saya ingin kongsi bersama pengunjung blog ini.


HIRAMEKI bermaksud 'mendapat inspirasi'. apabila anda berada dalam keadaan buntu, anda perlu minda yang relaks tapi peka untuk mencapai HIRAMEKI. minum teh, dapat HIRAMEKI.
theanine merupakan kandungan semulajadi asli daun teh. theanine dikatakan berkesan untuk menjadikan minda anda relaks tapi peka.

untuk itu saya kongsikan dengan anda cara penyediaan teh cara HIRAMEKI.
1. masukkan satu uncang teh ke dalam gelas. tuangkan air mendidih dan tutup selama 2-3 minit.
2. sementara menunggu, tarik nafas panjang dan angkat tangan untuk membentuk huruf 'L'. sambil mengekalkan bentuk 'L', naikkan lutut kiri ke arah siku kanan, kemudian lutut kanan ke siku kiri. ulang sebanyak 10 kali. senaman ini baik untuk minda anda. (buat dengan relaks).
3. celup uncang teh 5 kali dan kemudian keluarkan. teh anda sudah siap sekarang.
4. semasa menikmatinya, lihatlah dunia dari perspektif berbeza. anda telah mendapat HIRAMEKI !
semoga senaman mudah ini memberi relaks minda kepada kita semua.
sumber: teh lipton

Keperluan Pemakanan Remaja

Mengapakah pemakanan itu penting kepada anda?

Pemakanan sihat adalah penting untuk :
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
  • Sentiasa cergas.
  • Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
  • Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
  • Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.
Mengapakah anda memerlukan tenaga?

Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :
  • Pembinaan otot tubuh.
  • Mengekalkan suhu badan.
  • Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
  • Melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Berapakah keperluan harian pemakanan anda?
  • Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :
    • Saiz fizikal.
    • Kadar pertumbuhan.
    • Tahap aktiviti.
    • Jantina.
  • Secara amnya, badan anda memerlukan :
    • Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada makronutrien).
    • Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.
    • Mikronutrien:
- Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.
- Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.
  • Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain nutrien.
  • Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan anaknya juga boleh diperolehi.
  • Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh anda.
  • Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina keyakinan diri anda yang tinggi!
Bagaimanakah menilai status pemakanan anda?

Status pemakanan ditentukan melalui keseimbangan makanan yang diambil dan tenaga yang digunakan. Anda boleh mengukur IJT dengan merujuk jadual IJT berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut umur.
 
IJT 

Polikarbonat Rosakkan Hormon

 






BARU-baru ini Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan bahan polikarbonat untuk menyimpan susu mahupun sebagai botol susu. Pengharaman tersebut kerana bahan polikarbonat dikenal pasti boleh merosakkan hormon manusia. Adalah sukar bagi para saintis mengumpulkan data dan penjelasan yang terperinci kerana kerosakan hormon tidak dapat dikenal pasti dalam tempoh waktu yang singkat. Kefahaman dan pengetahuan mengenai isu itu masih samar walaupun kita telah melihat bukti-bukti jelas kerosakan hormon pada badan kita. Dengan kata lain kita telah melihat gejala kerosakan hormon yang sangat berleluasa namun penjelasan bagi masalah ini masih samar.
Berdasarkan statistik penyakit berkaitan hormon yang bertambah setiap tahun menunjukkan ia perlu dibendung segera. Keputusan kerajaan mengharamkan polikarbonat sebagai bekas simpanan susu bayi merupakan langkah yang baik.
Hormon merupakan bahan semula jadi yang terhasil di seluruh tubuh kita. Setiap hormon mempunyai fungsi yang unik dan tersendiri. Sebagai contohnya hormon metabolik membantu membakar makanan dan membolehkan makanan digunakan sebagai tenaga. Hormon ini membolehkan tubuh badan kita mendapat tenaga yang diperlukan. Jika hormon metabolik rendah maka seseorang itu pasti mempunyai tenaga yang rendah, cepat letih fizikalnya namun mampu bertahan dengan tenaga yang dihasilkan oleh hormon stres.
Apabila satu hormon rosak atau berkurangan maka tubuh akan bergantung kepada hormon lain pula sebagai bahan bagi mendapatkan tenaga. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai personaliti dan ciri-ciri tenaga yang pelbagai bergantung kepada hormon yang dominan.

Signal hormon
 Hormon bertindak dengan stimulasi atau pun dikenali sebagai signal hormon. Apabila kita makan makanan yang banyak gula, kelenjar hormon insulin akan mengesan paras gula yang tinggi. Signal yang dikesan adalah paras gula. Kelenjar hormon akan merembes hormon insulin yang kemudiannya menukarkan gula kepada tenaga. Tenaga ini akan digunakan oleh tubuh badan kita. Apabila kita berpuasa paras gula menjadi rendah dan ini dianggap sebagai signal oleh kelenjar hormon glucagon. Ia mengeluarkan hormon glucagon bagi menukar lemak kepada gula. Ini mewujudkan keseimbangan.
Hormon tiroid bekerja mengurai lemak dan memastikan tubuh tidak menyimpan lemak yang berlebihan. Namun apabila rosak ia tidak mampu lagi memberi respons kepada signal daripada tubuh.
Selain dari tubuh dan makanan, hormon juga saling bertindak antara satu sama lain. Kehadiran hormon cortisol (hormon stres) akan diseimbangkan dengan hormon tiroid (metabolisme). Begitu juga hormon-hormon lain yang berinteraksi dengan baik bagi menjamin kesihatan tubuh badan.
Growth Hormone (GH) misalnya berfungsi dalam tumbesaran tubuh badan bayi kepada dewasa. Dalam tubuh dewasa pula GH berfungsi mengekalkan kesegaran dan ketegapan tubuh. Seseorang yang kurang GH akan merasa lesu, kurang gembira dan tubuhnya mula mengecut, dengan kata lain proses penuaan menjadi lebih cepat.

Melatonin pula yang dihasilkan kelenjar pineal merupakan anti oksidan yang hebat bagi semua sel tubuh kita. Melatonin juga memberikan tidur yang lena. Jika kelenjar hormon melatonin gagal berfungsi dengan baik maka seseorang itu akan mendapat insomnia.
Polikarbonat mempunyai struktur kimia yang mampu menyamai struktur hormon dalam tubuh kita. Struktur yang sebegini bebas bergerak menuju ke arah kelenjar hormon kita membuatkan kilang hormon menjadi keliru. Dengan kata lain kehadirannya menyerupai hormon manusia dan membuatkan kepekaan kelenjar hormone kita menjadi berkurangan. Dengan kehadiran bahan polikarbonat yang kerap dan begitu banyak akhirnya akan merosakkan kelenjar hormon. Kerosakan membuatkan ia gagal mengeluarkan hormon yang diperlukan dengan tepat.
Kerosakan hormon akan jelas kelihatan sewaktu alam dewasa dan jarang sekali dilihat sewaktu kecil. Bayi yang diserang kerosakan hormon akan membesar menjadi orang dewasa yang obes atau pun mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Di dalam keghairahan kita mengejar arus kemajuan dan mengamalkan pembungkus plastik setiap hari wujud pula masalah baru yang menjadi misteri kepada kita. Statistik menunjukkan jumlah peningkatan dalam penyakit kanser, jantung, obesiti, buah pinggang dan lain-lain.
Kehadiran penyakit ini memberi impak yang sukar dalam kehidupan kita. Ia menelan kos rawatan yang tinggi sekali gus mengurangkan kualiti kehidupan.
Untuk mencapai tahap kesihatan yang baik, kita perlu prihatin dan menyokong usaha kerajaan. Kita juga mesti memberi nasihat kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak kecil agar tabiat pemakanan dan penggunaan plastik dalam makanan dan minuman seharian dapat dibendung.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm

Sunday 25 September 2011

Pengenalan

Blog ini bakal membicarakan tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.