Monday 31 October 2011

AMALAN PEMAKANAN UNTUK KANAK - KANAK

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN OLEH MURID

Makanan ringan disebabkan oleh pewarna tiruan, perasa atau gula berlebihan yang boleh merosakkan kesihatan.
ii. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa.
iii. Makanan dalam tin.
iv. Buah-buahan jeruk

Perlu dingatkan bahawa beberapa jenis makanan walaupun dalam kelas makanan tertentu dan memberi tenaga kepada kanak-kanak tidak boleh dimakan pada kadar yang tidak berlebihan, contohnya;

i. Makanan masin kerana garam yang berlebihan seperti asam kecut boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain apabila dewasa.

ii. Makanan yang berlemak dan berminyak.

Perkara pokok yang ditekankan semasa membuat persediaan makanan untuk kanak-kanak ialah kegemaran mereka. Sia-sia saja kita menyediakan makanan yang mahal-mahal jika kanak-kanak tidak memakannya. Oleh itu menu hendaklah dirancang mengikut
kegemaran mereka, tetapi mesti mengambil kira keperluan makan makanan yang seimbang. Untuk memastikan makanan sentiasa segar dan khasiatnya tidak hilang, cara pengendalian yang betul sebelum dimasak penting diamalkan. Semasa membuat persediaan makanan, kita hendaklah utamakan kebersihan pada setiap masa.

Setiap makanan yang dihidangkan untuk kanak-kanak hendaklah bersih dan berkualiti. Segala bahan mentah yang dibeli hendaklah segar. Bahan-bahan seperti timun dan lobak merah yang hendak dimakan mentah harus dibasuh dengan air garam dahulu sebelum dimakan. Amalan ini membantu kita menghapuskan bakteria yang terdapat pada sayuran itu. Kalau dimasak pastikan makanan tidak dimasak terlalu lama sehingga termusnah segala khasiat yang ada.

Alat-alat yang digunakan untuk memasak dan untuk menghidangkan makanan juga perlu bersih. Alat-alat yang tidak mudah berkarat amat sesuai. Pastikan kesemua alat ini dibersihkan dan lebih baik sekiranya kesemua alat ini dijemur di bawah panas matahari sebelum disimpan. Bakteria akan terhapus dibawah panas yang terik ini.

Bahan mentah yang dibeli hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan bekas yang bertutup rapat atau bahan bungkusan, seperti; ‘Cling film’ supaya makanan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mencegah merebaknya pembiakan bakteria yang boleh membawa penyakit.

Monday 10 October 2011

ASPEK KESELAMATAN DALAM PJK

Terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan.


1. Melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.

2. Latihan bersistematik. latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

3. Kenal pasti kecergasan diri. setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.

sekadar gambar hiasan
4. Kenal pasti kemampuan diri. lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.

5. Persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. pastikan persekitaran tempat yang selamat. salamat untuk diri sendiri dan orang lain.

6. Kemudahan peralatan. pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.

7. Perlakuan yang betul. Jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. ini akan membahayakan diri anda.

Keselamatan Di Rumah